Khamis, 11 Jun 2009

terima kasih untuk satu lilitan mesra

bila awek itu memandang aku dengan kesungguhan, aku menjadi kaget. selruh lutut dan buku lali aku bergetar. masakan tidak, dialah awek paling cun kat department aku. bisa boleh bikin runtuh hati dan jiwa dengan pandangan tajam dia itu. umpama pandangan superman yang mengeluarkan sinaran power dari mata.

dia berada di kubikel dia. aku berada di kubikel aku. dia duduk dan aku pula berdiri. aku pusing kebelakang memandang samada dia melihat aku atau melihat lelaki lain dibelakang aku, setahu aku kubikel belakang aku hanya seorang perempuan tua yang sering aku panggil kakak.

aku berdiri tak mahu duduk. dia masih melihat aku dengan benar-benar. aku pulak yang hampir tersipu-sipu malu.

dia mengangkat kening sambil memuncungkan mulut, seperti menujukkan sesuatu kat aku. adakah hatinya sudah berkecai dua dan ingin memberikan satu kepada aku?

'itu, itu' mungkin itu yang ingin dimaksudkan oleh dia. aku mula kehairanan tentang apa yang 'itu'.

muncung mulut diselangi dengan satu senyuman yang paling manis yang pernah dia lemparkan kat aku.

aku lihat ke badan selaras dengan muncungan mulut dia yang merah pink itu. yes, warna kuning telah terbonjol sedikit diluar.

rupa-rupanya dia maksudkan dengan zip seluar aku yang tidak bertutup itu. malu, terkedu, semua rasa pun ada berojak mesra. aku pun duduk balik sambil mengenyit mata kepadanya tanda terima kasih dan buat-buat tak tahu seperti aku dan dia tidak pernah bermain mata.

ah; kejadian sebegini memang klise.

lullaby untuk kamu sebelum masuk ke kamar tidur

aku cuba buatkan satu,
melodi indah buat kamu,
namun aku buta hati,
untuk ciptakannya,

akuperahkan kepala otak aku,
agar dikeluarkan segala lullaby cinta,
yang bisa mengusik rohani dan jiwa-jiwa luka,
antara kau dan aku.

petikan gitar aku songsang,
aku tidak tahu main gitar,
aku belasah buta tuli,
jika bernasib keluarlah melodi indah.

Selasa, 9 Jun 2009

walaupun ditinggalkan 100 meter, jangan risau aku masih kau yang punya

Qasih,
bila aku letih,
bukan maksud aku tidak mahu lagi,
aku masih mahu lagi akankamu,
seperti dulu-dulu,
seaktu nafsu aku sedang mengelodak untuk kamu.

Qasihku,
lagi jangan digusarkan,
mungkin fikiran aku yang capek,
membuntukan segala kata-kata manis untuk kamu.

jangan ditinggalkan hati-hati yang runtuh seperti dimakan anjing ini.

bila kau meninggalkan aku 100 meter dibelakang

aku sudah letih,
sudah tak larat macam tahi palat,
masakan aku tak larat,
bila cinta yang ku kerjar masih tak dapat-dapat.

aku sudah letih,
aku ingin lupakan pasal cinta,
tidak lagi mahu merindu kasih tak sampai,
cukup sudah semua sms ringkas.

aku sudah letih tetapi masih kemaruk cinta.

sweet talking sudah tidak memadai lagi bila....

hey,
para pencinta yang benggong,
usah kamu bicarakan tentang cinta,
usah kamu janjikan mahligai langit ketujuh,
usah kamu gadaikan kote-kote serta vagina-vagina perawan,
jika kamu tidak tahu erti cinta.

cinta?,
cinta bukan hanya tentang itu semua,
cinta adalah hakikat dan pengorbanan,
yang memerlukan masa-masa untuk digaulkan,
bukan hanya untuk sedap-sedapan.

Isnin, 8 Jun 2009

taman larangan untuk mereka yang kepinginkan cinta sejati

pintu taman itu telah terbuka,
khas untuk kita berdua,
tinggalkan semua rasa gila,
hanya bawakan nafsu cinta.

impromtu untuk kekasih

diam sayang,
berdegup-degup hati aku memberontak,
dapatkah kamu dengar?,
bunyi-bunyi melodi indah untuk kamu.

diam kekasih,
letakkan jemarimu di dadaku yang mungil,
dapatkah kamu rasa?,
ombak-ombak jiwa kerinduan.